Nilai Tambah


Sumber Untuk Peserta

Peserta bengkel latihan akan menerima buku kerja, nota, rujukan tambahan untuk pembelajaran kendiri, alat bantu kerja dan "template" tersedia.

Sokongan Online

Para jurulatih juga boleh dihubungi melalui e-mel, Facebook dan eGroup untuk soalan dan perbincangan susulan.

Perkongsian Ilmu

Kami memudahkan perkongsian pengetahuan dan pengalaman melalui blog yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa dari mana-mana. Semua blog tersebut boleh diakses dari "www.ZIYANC.net". Sila rujuk "Blog Kongsi Ilmu" yang tersenarai di ruangan kiri halaman ini.

Khidmat Tambahan

Kami juga mempunyai sumber dan keupayaan untuk menyediakan perkhidmatan berikut:
  • Desain Kreatif - kami mendesain dan menghasilkan bahan-bahan sokongan untuk program latihan dan pembangunan. Bahan tersebut termasuk infografik, visualisasi, poster, sepanduk, butang, penanda buku, rujukan cepat, alat bantu kerja, t-shirt, alat tulis dan premium. 
  • Saluran Online - kami mendesain, membangun dan mengendalikan saluran online untuk program latihan dan pembangunan. Saluran tersebut termasuk laman web, blog, eGroups dan aplikasi mudah alih. 
  • Penyelesaian ICT - kami mendesain, menyesuaikan dan mengendalikan penyelesaian ICT untuk pengurusan pengetahuan, e-pembelajaran, "blended learning" dan pengurusan bakat.